Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Walaupun Sekejap Tapi Hati Seronok” – Hanis Zalikha

today5 February 2020

Background

Pelakon, Hanis Zalikha ada memuat naik beberapa keping foto bersama suami yang juga aktor, Hairul Azreen di laman Instagram miliknya pada 3 Februari.

https://www.instagram.com/p/B8GiiG6BDDd/

Menerusi foto yang dikongsikan, pasangan selebriti itu difahamkan bercuti ke Kota Bharu, Kelantan untuk food trip bersama ibu bapa mereka tanpa membawa anak-anak.

Kata Hanis, walaupun sekejap sahaja dapat meluangkan masa berdua dan dating bersama suami, hatinya terasa begitu seronok.

“Trip yang menyegarkan. Sebab kami berdua dah lama sangat tak bercuti berdating macam ni. Walaupun sekejap tapi hati seronok ♥️
.
(Mak Abah pun layan food trip he he he),” tulisnya.

Bagi yang sering mengikuti perkembangan Hanis di lnstagram, sudah pasti tahu kesibukan ibu kepada dua cahaya mata itu menguruskan perihal rumah tangga.

https://www.instagram.com/p/B7sKsFAh28v/

https://www.instagram.com/p/B73sFJtBise/

So sweet! Terliur pula tengok koleksi gambar makanan yang dikongsikan Hanis itu.

Untuk rekod, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan mereka memiliki dua orang anak bernama Yusuf Iskandar berusia 3 tahun dan Alisa Aisyah, 8 bulan.

https://www.instagram.com/p/B5yxOlIB8iy/

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *