Tahniah!
Wani Kayrie meraih keputusan cemerlang di semester ketiganya dengan meraih GPA 3.47 dalam Asasi Undang-Undang di sebuah universiti swasta.
Biarpun gagal menepati sasaran untuk mendapat Anugerah Dekan dalam semester berkenaan, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan itu nyata gembira dengan pencapaiannya.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 3 Mac.
https://www.instagram.com/p/B9QSJHbn37W/
Biarpun sebelum ini Wani terpaksa membahagikan masa antara peperiksaan akhir dan komitmen terhadap sebuah program realiti, penyanyi berusia 20 tahun itu bersyukur apabila usahanya membuahkan hasil.
Imbas kembali, Wani turut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 7A, 1B dan 1C+.
Post comments (0)