Di Amerika Syarikat, komik Marvel terkenal dengan watak Iron Man, Hulk, Spider Man, Captain America dan Black Widow, manakala komik DC mempunyai Superman, Batman dan Wonder Woman.
Di Indonesia pula, rangkaian komik popular Bumilangit mempunyai superhero mereka sendiri, dan mereka juga akan diterjemah dalam bentuk filem dan menjengah pawagam!
Bumilangit baru baru ini mengumumkan 7 filem superhero Indonesia yang bakal diterbitkan.
Filem-filem itu ialah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna, Gundala Putra Petir, Mandala Golok Setan dan Patriot.

Seakan sama seperti formula filem Marvel, kesemua filem-filem di bawah Bumilangit ini dilapor akan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.
Filem pertama Bumilangit berjudul Gundala, yang menampilkan pelakon Malaysia Bront Palarae sebagai Pengkor akan menemui penonton di Indonesia pada 29 Ogos 2019, diikuti Sri Asih.
Antara pelakon-pelakon hebat dari Indonesia yang akan menjayakan filem filem superhero ini ialah:
Chicco Jerikho sebagai Godam
Pevita Pearce sebagai Sri Asih
Chelsea Islan sebagai Tira
Nicholas Saputra sebagai Aquanus
Della Dartyan sebagai Nila Umaya
Dian Sastrowardoyo sebagai Dewi Api
Vanesha Prescilla sebagai Cempaka
Tara Basro sebagai Merpati
Abimana Aryasatya sebagai Gundala
Joe Taslim sebagai Mandala
https://www.instagram.com/p/B1TnHxFACSn/?utm_source=ig_web_copy_link
Filem Gundala juga akan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September ini.
https://www.instagram.com/p/BzH-TAvAB1Y/?utm_source=ig_web_copy_link
Post comments (0)