Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ya, Saya Bagi Bola Masuk Untuk Harimau Malaya” – Mark Adam

today22 November 2019

Background

Rasanya kehangatan kemenangan Malaysia terhadap Indonesia malam Selasa lalu masih dirasai hingga ke saat ini.

Pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 itu, Harimau Malaya berjaya menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Disebalik kejayaan Malaysia, penyanyi Mark Adam ada memuat naik beberapa komen daripada warganet di Instagram yang berpendapat wajahnya seiras seperti penjaga gawang Indonesia, M Ridho.

https://www.instagram.com/p/B5DUFXnF1MM/

Kapsyen berjenaka ditulis Mark juga membuatkan ramai pengikutnya terhibur apabila foto tersebut meraih lebih 33,900 tanda suka.

“Iyaaa itu betul saya, saya bagi bola masuk tuk HARIMAU MALAYA taniah ??????,” tulis Mark.

Lantas, peminat meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Apa-apa pun, tahniah Malaysia!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *