Skuad e-sukan MLBB Malaysia muncul juara dunia
Kuala Lumpur: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MLBB) mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.